Nutrisi penuh dengan pelbagai mitos dan salah faham. Apa yang orang ramai percaya selalunya tidak sama dengan fakta sebenar. Di bawah adalah 9 makanan "untuk kurus" yang sebenarnya menggemukkan.
Bijiran sarapan (cereal)
Juga dikenali sebagai bijiin 'sihat' adalah kemungkinan makanan paling 'teruk' yang anda makan untuk memulakan hari anda.
Ia biasanya mengandungi gula dan karbohidrat terlerai iaitu kandungan yang paling menggemukkan yang pernah wujud. Dengan memulakan hari anda dengan bijiran yang diproses ini, kandungan darah dan insulin akan mencanak naik. Apabila gula dalam darah pecah beberapa jam selepas itu, badan anda akan meminta lebih snek tinggi dengan karbohidrat terlerai yang menggemukkan.
Yang penting, BACA LABEL. Kebanyakan bijirin sarapan, malah yang 'low-fat (rendah lemak)' atau 'whole grain (bijirin penuh)' di pakej biasanya dipenuhi dengan gula.
Jika anda lapar waktu pagi, makan sarapan...... tetapi pilih sesuatu yang tidak diproses dan mengandungi protein seperti telur dan sayur.
Jika anda mesti mengambil bijirin untuk sarapan, cari yang tidak mengandungi gula.
Roti Whole Grain (Bijirin Penuh)
Masalah utama dengan kebanyakan makanan bijirin penuh adalah, ia sebenarnya tidak dibuat dari 'bijirin penuh' yang sebenar. Ia hanyalah teknik pemasaran mereka.
Semua tanpa pengecualian, bijirin dilumatkan menjadi tepung yang halus yang mudah dihadam dan menaikkan kandungan darah. Malah, roti bijirin penuh mengadungi glycemix index (untuk mengukur betapa cepatnya makanan menaikkan gula dalam darah) yang tinggi seperti roti putih biasa.
Roti bijirin penuh mungkin mengandungi lebih fiber dan beberapa nutrien lain, tetapi masih tidak bayak beza dengan roti putih biasa apabila ia masuk sistem tubuh kita.
Banyak kajian menunjukkan yang bijirin (malah yang cakap untuk jantung yang sihat) boleh menyebabkan masalah jantung terutama sekali bagi mereka yang sensitif kepada gelatin.
Granola
Jika granola dihasilkan dengan bahan yang sebenar, ia mungkin makanan sihat. Tetapi apabila pembuat makanan mula membuatnya secara besar-besaran, mereka mengubahnya dan akhirnya menjadi tidak sihat.
Granola mengandungi kandungan yang menyihatkan seperti oats dan kekacang, tetapi apabila ditambah gula dan minyak kemudian dicampur dengan proses pembungkusan yang memudahkan membuatkan kita sentiasa ingin mengambilnya, ia menjadi tidak sesihat mana.
macam sedap je kan? :P
Yogurt Rendah Lemak
Yogurt diperakui adalah makanan yang menyihatkan. Tetapi masalahnya, kebanyakan yogurt di pasaran adalah yang rendah lemak yang mana melalui banyak proses yang tinggi.
Apabila pembuat makanan membuang lemak dari makanan, ia akan menghasilkan rasa yag teruk. Sebab itulah menambah macam-macam untuk menggantikan kekurangan lemak pada makanan itu. Untuk yogurt, mereka biasanya menambah gula, kandungan sirap jagung fructose atau apaapa saja pemanis tiruan.
Tiada kajian yang menunjukkan lemak tenusu menyebabkan kegemukan. Malah ada kajian yang menunjukkan orang yang mengambil lemak tenusu yang tinggi adalah susah untuk menjadi gemuk!
Salad Dressings
Sayur-sayuran adalah sangat menyihatkan. Ia dipenuhi dengan nutrien, antioksidan, fiber larut and pelbagai lagi kebaikan. Jadi salad juga adalah makanan yang menyihatkan. Bagaimanapun, ramai yang menambah dressing ke dalam salad mereka.
Masalahnya, kebanyakan dressing salad diperbuat daripada bahan seperti soybean oil dan manisan tiruan.
Seeloknya, buat dressing sendiri. Tambah extra virgin olive oil, cuka dan sedikit rencah seperti rosemary, cinnamon. Jelas sekali, dressing salad juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
Jus Buah-buahan
Jus buah sering dilihat sebagai menyihatkan kerana ia dari buah kan? Tidak semestinya. Kadang-kadang 'jus buah' adalah air gula perasa buah-buahan.
Ia mungkin tiada buah sebenar di dalamnya. Mungkin hanya air, gula dan bahan kimia yang rasa buah. Tetapi jika anda dapat 100% jus buah di pasaran, anda masih tidak elok minumnya secara banyak. Masalah dengan jus buah adalah semua kebaikannya dah dikeluarkan.
Sebiji buah yang bukan jus memang mengandungi gula. Tetapi ia terikat dengan dinding fibrous cell yang memperlahankan pelepasan gula dalam darah. Manakala, jus buah berbeza. Ia tiada fiber, tidak perlu dikunyah dan boleh minum banyak-banyak dalam masa yang singkat (kandungan gula diminum dengan lebih banyak dalam masa yang singkat.)
Jadi, jika anda ingin menurunkan berat badan, elakkan jus buah. Gula dalam jus buah adalah sebenarnya seakan sama dengan pemanis dalam minuman ringan seperti Coca-cola. Juicing yang sememangnya kita tahu semakin menjadi 'trend' sekarang. Seeloknya lebihkan juicing sayuran dan buah yang slow release. (Jika anda membeli Set Kurus dengan saya, ada saya terangkan mengenai ini).
Makanan Organik yang Diproses
Apabila anda melihat label kandungan pelbagai bars, biskut, snek organik pasti anda dapat lihat tidak banyak beza kandungannya dengan makanan proses lain.
Ia mungkin mengandungi Gula tebu Organik tidak gula biasa, tetapi gula organik tetap GULA dan hati (liver) kita anggap sama sahaja.
Dried Fruit and Nut Mix
Ini adalah snek yang padat dengan tenaga. Buah kering mengandungi banyak gula pekat dan kekacang dipenuhi dengan lemak padat. Untuk ini, ia adalah sangat sesuai untuk orang yang memerlukan banyak tenaga contohnya ketika memanjat gunung.
Ia mengandungi karbohidrat yang tinggi dan tinggi lemak pada masa yang sama yang mana SANGAT dahsyat jika anda ingin menurunkan berat badan.
PENTING : Ia bukan tak bagus, tetapi tidak sesuai bagi yang ingin menurunkan berat badan sahaja.
Makanan ringan tanpa Gelatin (Gluten-free)
Gluten free sangat popular sekarang. Malah saya juga membeli berdasarkan kandungan dari sumber tanpa gelatin dan organik sekarang. Jangan mudah terpedaya selepas ini.
Berdasarkan kajian pada 2013, 1 per 3 dari penduduk US, berusaha untuk mengurangkan kandungan gelatin dalam diet mereka. Ini menyebabkan pembuat makanan mengambil kesempatan dengan fenomena baru ini.
Masalahnya, ia masih seteruk makanan bergelatin lain. Ia masih mengandungi gula dan bahan kimia lain. Jika anda ingin menghindari gelatin, pilih makanan yang semulajadi tanpa gelatin contohnya tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bukan makan tanpa gelatin yang dah diproses.
'Junk food' tanpa gelatin adalah masih 'Junk Food'.
AMARAN : Tidak SEMUA anda perlu elakkan, tetapi bagi yang SERIUS ingin menurunkan berat badan ini adalah yang harus anda jauhi.
Untuk konsultasi, pembelian dengan harga termurah dan sebarang pertanyaan:
1. SMS/Whatsapp : +6012 957 9863
2. Email : wani2287[@]gmail[.]com
3. LIKE fanpage Vitaminku (anda mungkin bertuah menerima hadiah ISTIMEWA dari
saya dengan hanya LIKE page saya)
ada salah info di atas.
ReplyDeleteGELATIN DAN GLUTEN FREE adalah tidak sama!
*gelatin adalah agen penstabil makanana
*gluten adalah sejenis protein yang susah dihadam oleh usus manusia. gluten free bermaksud makanan itu tiada unsur gluten, bukan tiada unsur gelatin.