Wednesday 8 January 2014

Pengalaman Mengandung dan Bersalin Iris yang Indah Bahagian 1

Posted at  10:20  |  in  Peribadi

Salam semua, hari ni saya nak cerita pasal pengalaman bersalin Iris anak kedua saya. Gara-gara post ini tiba-tiba tercetus idea nak share pengalaman mengandung dan bersalin Iris.

Start tahu pregnant selepas kami balik dari Melbourne untuk pulang bercuti meraikan perkahwinan kedua-dua adik ipar. Lebih kurang sebulan selepas kenduri. Patut la semasa kenduri sambut menantu saya demam panas dan selesema secara tiba-tiba. Tapi tak sampai sehari dah sembuh. Petanda rupanya.

Sebulan selepas kenduri, suami saya balik semula ke Melbourne. Tinggal la saya bersama anak sulong, Zara. Kenapa kami tinggal? Sebab sekejap sangat bercuti di Malaysia jadi kami tinggal lebih lama sikit plus nak jaga kandungan sampai lepas trimester pertama.

Selepas trimester pertama, pada 8 Mac 2013 (ingat sebab 10 hari lagi nak birthday Zara dan itulah tarikh keramat Zara officially wean-off dari breastfeed atau 'minum-susu-mami') saya dan Zara pulang ke Melbourne berdua sahaja. That was my first time, naik flight perjalanan jauh tanpa suami. Nasib baik semua berjalan dengan lancar. Yes, there's nothing to be scared of, sebenarnya. Bukannya nak pergi negara yang tak tau cakap English kan? Kalau pergi Japan, memang harussss la kan?

Sempat celebrate birthday Zara sebelum Tina (her bff kononnya) balik Malaysia for good

Our first time berdua je terbang pulang ke pangkuan abah


So everything went well. Kami dah dapat doctor untuk monthly check up. Dr Rajeswari Nair namanya. Prosedur di sana tak semudah di Malaysia. Kami dapat list doktor mana yang nak pilih mengikut kawasan kami dari Monash Medical Centre. Husband pilih Dr Rajeswari sebab konon-kononnya nak doktor perempuan. Tapiii, tersilap doktor kot. Sebab dah bayar beribu dollar, teruskan aje. Lepas ni dah tau la. Untuk tidak memanjangkan cerita tak best, kita lupakan pasal doktor tu. Google je la kalau nak tengok muka dia. Hihihi.

Oh ye, sebelum terbang ke Melbourne, stok Shaklee tidak dilupakan. Especially Ostematrix iaitu kalsium memang jadi favourite dan kewajipan hari-hari. Bulan sebelum nak terbang Shaklee buat promosi buy 6 free 1 Ostematrix. Apa lagi saya terus borong dengan gembira dan bawa semua ke Melbourne. Ostematrix melancarkan proses pembuangan, MEMANG tak de masalah sembelit at all. And saya juga percaya yang tulang yang kuat, memudahkan baby keluar nanti. Hihihi. Zara c-zer, jadi anak no 2 ni memang nak sangat VBAC (Vaginal Birth after C-section). Hari-hari doa nak VBAC.

Semasa kandungan berusia 6 bulan macam tu husband kena outstation kat New Castle, New South Wales. lebih kurang 2 jam Dari Sydney. Mula-mula tak nak bawak kami, tapi sebab plan mulanya 2 minggu, terpaksa jugak la angkut kami. Tak dapat nak bayangkan kalau kami duduk 2 beranak berminggu-minggu. dah la jauh dari jiran-jiran.

Bermula la perjalanan kami menaiki kereta selama 16 jam dari Melbourne, Victoria ke New Castle, New South Wales (NSW). 16 jam ok! Sebab jaraknya yang jauh susah nak patah balik rumah kalau ada barang tertinggal, semua barang kami angkut. Segala rencah memasak, periuk kuali (nak masak guna periuk kuali kat hotel, motel, caravan yang disediakan risau ke'halal'annya). Penuh satu Hyundai i30 mampat padat dengan comforter sendiri pon bawa sebab time tu dah nak masuk winter. Cabaran sebab Zara kena duduk belakang sorang-sorang selama 16 jam tu. Mami memang tak boleh nak duduk belakang, memang dah mampat padat kereta. Bertolak pukul 5 pagi sampai 9 malam ke Redhead Beach Holiday Park. Terus makan bekalan nasi goreng udang yang dah dimasak sebelum bertolak. Oh ye, kami juga bawak ice box penuh berisi daging, ayam halal dari Melbourne. Memang susah pon nak dapat daging halal kat sana. Sebulan di sana (dari 2 minggu, jadi sebulan) kami dapatkan daging halal bila pergi Sydney je. Serai, daun pandan memang menangis la nak dapat. Dah la tengah pregnant boleh pulak time tu mengidam nak nasi lemak kannn.

View dari perjalanan 16 jam tu. 1 ni je ada sebab tak larat dah nak kagum, cantik sungguh!


New Castle tempatnya cantik. Pantai banyakkkk sangat dan cantik. Memang Australia penuh dengan pantai cantik pon kan? Berada di New Castle rasa macam dalam cerita omputeh yang budak-budak surfing at the beach mak ayah halang minat la, tak de tangan la yang endingnya mesti buat parents mereka proud akhirnya terima minat diorang. Kan banyak cerita macam tu kan? Yang main dengan dog kejar-kejar kat pantai. Macam tu la rasanya berada di New Castle. Sebab tak ramai Asian, so feel negara omputeh tu lebih lagi. Bukan tak ramai, kadang-kadang keluar pergi Coles pon, semua nya mat salleh. Kat Melbourne, everywhere nampak mata sepet, rambut hitam (orang Asia).

Sebulan duduk rumah comel nombor 69 di Redhead Beach


Sebulan di sana banyak juga la tempat best yang kami lawati. Tapi most of the weekend kami pergi Sydney (balik hari) beli daging dan ayam halal, cari guitar la (incik suami la tu), collect guitar la (hmmm!). Tempat yang best rasanya selain pantai, rumah api, castle adalah Port Stephens. Ada padang pasir boleh ride camel (tapi sebab sarat pregnant tak dapek la), tengok whale, dolphin, ada toboggan kering tanpa salji, hehehe, pantai yang super cantik tak terkata, ada burung tepi pantai yang rare (bukan setakat seagull, yang besar macam tandoori, mulut ada poket, macam-macam spesis burung ada tepi pantai). Arghh super awesome lah kat situ! Pergi la pergi la kalau singgah Sydney tu. 2 jam je. Dari duduk Sydney tak de tempat super awesome. huhu sorry.

Celebrate anniversary la kot ni at Salty Squid, Honeysuckle

Redhead Beach Holiday Park - banyak kenangan especially dengan makcik pakcik tua yang sangattt baik.

Sunset at Redhead Beach. 


Nak cerita pengalaman di New Castle boleh buat 10 post lagi sebab banyak sangat. Dah lari dari tajuk perbincangan pula nanti.

Ok, setelah sebulan menetap di Redhead Beach Holiday Park, kami ingatt boleh balik Melbourne rupanya kena pergi Sydney pula 2 minggu (katanyaa) tapi jadi sebulan lebih jugak. Kami menetap di Bass Hill Tourist Park. Okay sikit la dari di New Castle, makanan halal senang dapat. Especially pizza dan makanan Turki dan Arab seangkatan dengannnya. Sampai nak muntah makan pizza dan Arabic food. Zara pula suka selera sangat dengan pizza diorang. Mami dah la tengah heart burn, tak larat dah nak makan rempah-rempah. Jadi episod makan-makan dii Sydney tiada yang indah. Nak masak sendiri pon susah sebab guna dapur electric lepas tu tak kuat panasnya. Bayangkan laaaa nak tumis pon seksa.

Sydney Fish Market

At the city

Zara semakin gemuk balik ke negara kangaroo. Yup selera dia terus bertambah.

Tahun 2012 kami dah pergi Sydney jalan-jalan, so tak rasa nak explore sangat. Dengan perut yang mmbesar duduk diam-diam pergi shopping barang baby je la. Dan iya, nak cerita pengalaman kat Sydney pon boleh buat 10 lagi post. Banyak boleh cerita especially tentang Muslim di sana. Memang ramaiii dan mereka banyak bekerja di hospital, klinik, kedai-kedai sambil berhijab. Ramai sangat sebab tu rasa pelik sebab kat Melbourne tak ramai macam tu. Tak pasti la mereka tu orang Arab ke mat salleh sebab muka lebih kurang. Cantik uolss hidung mancung, mata grey, hijau, biru, kulit putih bersih, mata besar, pakai pulak hijab. Tambah baik pulak tu. (Lari tajuk lagi.)

At the airport - Melbourne to Sydney

Ok la, memang kena buat bahagian 2. Episod balik Malaysia dan bersalin pula. :) Or maybe ada bahagian 3,4.

Oh ye, sepanjang di sana, order Shaklee untuk customer di Malaysia berjalan seperti biasa. Selagi ada internet, di pelusuk mana di dunia ini, order masih boleh berjalan seperti biasa. Consult melalui whatsapp, facebook, email tiada masalah. :) Customer siap dapat cenderahati ISTIMEWA dari Australia lagi.



Untuk konsultasi, pembelian dengan harga termurah dan sebarang pertanyaan:
1. SMS/Whatsapp : +6012 957 9863
2. Email : wani2287[@]gmail[.]com
3. LIKE fanpage Vitaminku (anda mungkin bertuah menerima hadiah ISTIMEWA dari  
    saya dengan hanya LIKE page saya)
4. PM di fb Norhazwani Akmal

Setiap pembelian akan menerima Voucher PERCUMA.

Share this post

About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 VITAMINKU. Blogger Template by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.
back to top