Salam semua. Hari ini saya ingin menceritakan bagaimana saya mula mengenali Shaklee.
Saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2010 selepas melahirkan Zara. Tidak terlintas sedikitpun pada mulanya ingin mencuba. Pada Hari Raya tahun 2010, masa tu Zara dah hampir 5 bulan ada berborak dengan sepupu. Dia pon baru habis pantang time tu. Kami masing-masing fully breastfeed our baby. Dia buka cerita pasal Shaklee. Saya kenal tak kenal je Shaklee masa tu. Dia cakap boleh tambah susu, anak gebu (siapa tak nak kan?) macam-macam la dengan ambil set Shaklee ni. Saya masa tu cakap tak pe la, macam tak perlu je suplement-suplement ni.
Pada suatu hari, habis bulan Syawal susu makin merundum. Tak tahu la sebab stress ke apa. Ingat lagi saya minum air 1 botol sambil menyusu sebab susu drop sangat-sangat. Sedih takyah cakap la. Tiba-tiba terlintas ingin mencuba Shaklee untuk set menyusu. Sebab macam dah tak sanggup nak campur formula. Maka bermula la 'journey' saya dengan Shaklee. Susu betul-betul makin meriah. Dengan gabungan B-Complex dalam set menyusu tu, stress juga makin kurang. Kalau tak asyik nak merajuk, menangis je. Baby happy, mummy pon mestilah happy kan.
Kalau ibu breastfeed mesti anda faham bagaimana penatnya apabila bangun pagi sebab malam baby bangun menyusu. Tambahan lagi anak pertama, pengalaman baru. Tapi, sejak amalkan set menyusu Shaklee, badan semakin bertenaga. Bangun pagi dah tak terasa penat dan lemah. Lebih ceria dan bertenaga. Boleh rasa perbezaannya yang ketara sebelum dan selepas.
Setelah berpuas hati dengan kesan yang saya alami, saya membeli full set (dulu beli trial set je. Tapi sekarang tak perlu trial set semua dah tau Shaklee bagus beli full set terus) sekali dengan ESP. Kali ni lebih excited sebab I have the real set. Ada 4 botol vitamin dan 1 can ESP. ESP memang sangat best!!! Selain bagi tenaga, mengenyangkan (ibu menyusu selalu lapar kan), ia juga mencantikkan kulit dan (whatsapp untuk tahu dengan lebih lanjut). Itulah kali pertama dan terakhir saya meminta duit dekat husband untuk membeli Shaklee. Sebelum tu berminggu jugak pujuk cakap nak beli full set. Almaklum la suri rumah sepenuh masa.
Kenapa terakhir? Saya dah tak ambil suplemen Shaklee kah? Bukan.... Sebab saya dah jadi ahli. So dengan duit bonus yang saya dapat, saya tak perlu minta duit dengan husband untuk beli suplement untuk diri sendiri. Dan niat saya pada mulanya ingin berkongsi kebaikan dengan mak ayah dan adik beradik lain. Alang-alang dah jatuh cinta, baik terus jadi ahli kan? Alhamdulillah sekarang dah terima bonus 4 angka setiap bulan. Bukan setakat mak abah, mertua juga saya boleh belanja supplement Shaklee. Mereka gembira, sihat saya bahagia.
Sejak tahun 2010 sampai la sekarang saya masih setia dengan Shaklee. Mula-mula hanya dengan supplement, selepas tu basic H, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan dan set kecantikan Shaklee. Saya yakin dengan pilihan saya sangat selamat (bebas dari bahan bahaya), halal, dan yang paling penting berkesan. Sebab tu saya masih setia sehingga kini.
Berminat dengan vitamin/suplement Shaklee? Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan vitamin dan kebaikan jadi ahli? Boleh sms/whatsapp saya di 012-957 9863 atau email: wani2287@gmail.com
0 comments: